Monday 4 November 2013

Lampu Kalimantang LED

Inovasi : Lampu Kalimantang LED

 Inovasi yang disediakan oleh Green Tech Malaysia. 



Mereka membuat inovasi berkaitan penggunaan lampu kalimantang mengikut jenis dan kaitannya dengan kuasa yang digunakan. Terdapat 3 jenis lampu kalimantang yang digunakan iaitu lampu T8 (guna 'ballast' dan 'starter'), lampu T5 (guna 'ballast' elektronik tanpa 'starter') dan lampu LED. Kuasa bagi setiap jenis lampu kalimantang adalah seperti berikut :



Dalam inovasi ini, ketiga-tiga lampu kalimantang tersebut disambungkan dengan bekalan 240V AC. Dengan menggunakan Power Meter mereka mengambil bacaan kuasa yang digunakan oleh lampu kalimantang tersebut mengikut jenis. Bacaan pada Power Meter adalah seperti berikut : 

1. Kuasa bagi lampu T8 = 42.4 W
2. Kuasa bagi lampu T5 = 24.5 W
3. Kuasa bagi lampu LED = 16.2 W




Hasil dari inovasi yang dihasilkan mendapati bahawa penggunaan lampu kalimantang LED mengunakan kuasa yang lebih rendah dari kadaran sebenar. Namun dari segi kecerahan lampu jenis ini lebih terang berbanding lampu yang lain yang mempunyai kadaran kuasa yang lebih tinggi.

Hasil dari inovasi yang dihasilkan dapat dirumuskan bahawa lampu kalimantang jenis LED mempunyai beberapa kelebihan berbanding lampu kalimantang kenis lain. Antaranya adalah seperti berikut :

  • menjimatkan tenaga sehingga 50% 
  • kurang mengeluarkan haba
  • tiada penggunaan merkuri (merkuri berbahaya kepada manusia), oleh itu lampu kalimantang LED mudah dilupuskan
  • tiada penggunaan choke/ballast dan starter
  • tidak mengeluarkan bunyi
  • jangka hayat lebih lama - sehingga 50,000 jam!
  • menyala serta-merta apabila dihidupkan, tidak seperti lampu kalimantang biasa yang berkelip-kelip ketika mula dihidupkan

Namun disebalik kelebihan-kelebihan di atas, para pengguna yang ingin beralih kepada penggunaan lampu kalimantang jenis biasa kepada lampu kalimantang LED adalah dari faktor harganya yang jauh lebih mahal. Saya difahamkan bahawa lampu kalimantang LED sekitar harga RM60 -RM180 bergantung kepada jenama atau syarikat pengeluar lampu tersebut  Lagi di sini

Tuesday 22 October 2013

Kenali Lukisan dan Sistem Elektrik

LUKISAN ELEKTRIK
Lukisan elektrik ialah lukisan kejuruteraan yang berkaitan dengan bekalan tenaga elektrik. Lukisan ini berfungsi untuk menjelaslam kandungan sesuatu pemasangan elektrik.Alat tambah dan alat kelengkapan elektrik dilukis dalam bentuk symbol yang disambungkan dalan satu gambar rajah mengikut piawai yang telah ditetapkan.Lukisan elektrik digunakan dalam kerja pendawaian dan pemasangan elektrik.Juruelektrik dan pendawai akan menterjemahkan lukisan elektrik kepada kerja-kerja pemasangan elektik.Terdapat dua system bekalan elektrik iaitu sistem satu fasa dan sistem tiga fasa.Bagi rumah kediaman lazimnya system satu fasa digunakan manakala kilang dan bengunan besar memerlukan tiga fasa. Setelah mempelajari unit ini , anda dapat :

i. Mengenal pasti jenis lukisan elektrik.
ii. Menerangkan kegunaan symbol piawai bagi alat tambah,suis dan fius agihan.
iii. Menyusun atur alat tambah,pendawaian dan kelengkapan lukisan elektrik.
iv. Melukis pelan bentangan domestic.
v. Melukis gambarajah skema unit kawalan utama pengguna.

1.1 Kenalpasti system bekalan elektrik

1.1.1. Sistem satu fasa
- Sistem bekalan yang menggunakan dua kabel iaitu satu kabel hidup dari satu
kabel neutral bagi membawa bekalan voltan rendah piawai. Lazimnya
di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 240V AC norminal.

Sistem satu fasa (Single phase)
- Beban kurang seperti rumah kediaman

1.1.2. Sistem tiga fasa (Three phase)
- Sistem bekalan yang menggunakan empat dawai iaitu tiga kabel hidup dan
satu kabel neutral bagi membawa bekalan voltan sederhana piawai. Lazimnya
di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 415V AC.
- Beban besar seperti kilang dan bangunan bertingkat serta besar.

1.1.3. Peraturan am pemasangan alat tambah
-Peraturan am pemasangan alat tambah boleh dirujuk dari buku peraturan yang
dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga .Antara peraturan yang terdapat adalah
seperti berikut:

a. Suis 

i. Suis hendaklah ditempatkan didalan bilik, bersebelahan dengan pintu masuk dan tidak terlindung supaya mudah dikendalikan.
ii. Bagi bilik mandi,suis hendaklah ditempatkan diluar bilik mandi.Jika suis perlu dipasang didalam bilik mandi,suis jenis tarik hendaklah digunakan.
iii. Suis duahala sesuai digunakan untuk koridor ,tangga dan bilik mandi konsi bagi dua buah bilik.
iv. Suis lampu dan kipas hendaklah dipasang pada satu tempat supaya kelihatan lebih kemas dan memudahkan kawalan.Inin boleh dilakukan dengan menggunakan unit kotak suis yang mengandungi suis kembar dua atau lebih.

b. Lampu
i. Setiap bilik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu poin lampu.Bagi bilik yang besar,bilangan poin lampu boleh ditambah dan jarak diantara pin hendaklah sesuai supaya pencahataan sama rata.
ii. Jenis lampu yang digunakan di dalam bilik mandi ialah lampu filamen bertutup kaca.
iii. Poin lampu hendaklah ditempatkan pada jarak tertentu supaya sinaran lampu tidak terganggu oleh bilah kipas.

c. Soket Keluar
i. Bilangan soket keluar bagi bilik bersaiz sederhana tidak boleh lebih daripada dua.Bagi bilik yang lebih besar peraturan ini dilonggarkan.

d. Unit Kawalan pengguna
i. Kotak unit kawalan pengguna hendaklah dipasang didalam bangunan supaya mudah dikendalikan ketika berlaku kecemasan

1.1.4 Simbol Piawai Elektrik (Lagenda)

Alat tambah dan alat kelenkapan yang digunakan dalam pemasangan elektrik terdapat dlam pelbagai jenis dan saiz,serta mempunyai fungsi yang berlainan.Dalam lukisan elektrik, setiap alat tambah dan alat kelengkapan digambarkan dengan symbol piawai.Simbol piawai elektrik biasanya dilukis berpandukan piawaian ANSI dan BS.

Simbol Piawai elektrik bagi alat Tambah dan Alat Kelengkapan Elektrik
























1.2 Hukum Ohm


Hukum Ohm ialah hokum yang paling asas dan penting dalam teori letrik.
Dengan menggunakan hokum ohm kita dapat menentukan nilai rintangan,arus,voltan dan kuasa dalan sesuatu litar AT(Arus Terus)

1.2.1. Takrif Hukum Ohm

Hukum Ohm menyatakan bahawa arus (I) yang mengalir melalui beban berkadar terus dengan voltan (v) yang merentasai beban dan berkadar songsang dengan rintangan beban tersebut dengan syarat suhunya tetap.Hubungan V,I dan R dinyatakan oleh formula berikut:


1.3 Kenalpasti faktor pencahayaan



Bacaan melalui alat pencahayaan yang sediada


1.3.1. Jenis Lukisan Ekektrik

Lukisan elektrik dikelaskan kepada dua bentuk utama iaitu:

a. Gambarajah
b. Pelan bentangan

Rajah 3-Carta Jenis Lukisan Elektrik


1.3.2. Gambar Rajah

Gambar rajah terbahagi kepada rajah blok, gambarajah skema dan gambarajah pendawaian.


a. Gambar Rajah Blok

Gambar rajah blok ialah lukisan yang mewakili litar atau peranti dalam satu system bekalan elektrik.Lukisan ini dilukis dalam bentuk blok.Asas gambar rajah blok adalah seperti rajah 2.Urutan blok ditunjukkan dengan tanda anak panah.



Rajah 4-Asas Gambar Rajah Blok



Gambar rajah blok hendaklah dilabel mengikut fungsi,nama peranti atau litar.Rajah 3 menunjukkan gambar rajah blok unit kawalan utama pengguna yang telah dilabelkan.

a. Gambar Rajah Skema
Gambar rajah skema ialah lukisan litar elektrik dalam bentuk symbol piawai komponen.Lukisan ini menunjukkan aliran kendalian sesuatu litar.Simbol piawai komponen disambungkan antara satu dengan lain secara lurus bagi membentuk sambungan litar lengkap.Gambar rajah skema unit kawalan utama pengguna ditunjukkan dalam rajah 4

Rajah 6-Gambar Rajah Skema Unit Kawalan Pengguna

1.3.3 Pelan Bentangan

Pelan bentangan ialah lukisan yang menunjukkan susun atur symbol piawai alat tambah dan kelengkapan pada pelan lantai bangunan.Kedudukan sebenar alat tambah dan alat kelengkapan ditapak bina adalah berpandukan kepada kedudukan simbolpada pelan bentangan.Pelan bentangan terbahagi kepada pelan bentangan domestic dan pelan bentangan industri.


a. Pelan Bentangan Domestik

           Pelan bentangan domestic menunjukkan lokasi aksesori pendawaian dan alat kelengkapan serta suis kawalan di dalam bangunan atau rumah kediaman.Susus atur symbol piawai alat tambah pada pelan lantai adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya tenaga.Lagenda(symbol) disediakan bersama-sama pelan bentangan bagi menunjukkan symbol piawai alat kelengkapan dan alat tambah.Rajah 5 menunjukkan contoh pelan domestic berserta lagenda.
















Rajah 7- Contoh Pelan Bentangan Domestik


b. Pelan bentangan industri

Pelan bentangan industri menunjukkan lokasi alat kelengkapan di dalam bangunan yang besar seperti makmal,kilang dan permis perdagangan.Pendawaiannya memerlukan perlindungan kerosakan mekanikal yang tinggi dan boleh menampong beban yang besar.Kaedah pendawaiannya menggunakan conduit atau sesalur logam.Bilangan alat tambah dan kelengkapan elektrik pada pelan bentangan industri adalah lebih banyak dan dari jenis tugas berat.

4.4 Aplikasi Lukisan Elektrik

Sebelum menyediakan pelan bentangan domestic,peraturan pemasangan alat tambah perlu difahami terlebih dahulu supaya lukisan yang dihasilkan dapat memenuhi piawaian yang tetap

4.4.1 Melukis Pelan Bentangan Rumah Kediaman

Rajah 6 dibawah menunjukkan pelan bentangan rumah kediaman yang dikengkapi symbol piawai alat kelengkapan dan alat tambah.Lagenda disertakan bagi menerangkan symbol berkenaan.







Rajah 8 – Pelan Bentangan Rumah Kediaman


4.4.2 Mengira jadual beban



Mengira jadual beban bagi mengetahui sais kabel dan arus maksima yang diperlukan untuk melukis gambar rajah skema unit kawalan utama pengguna

Formula Arus untuk melengkapkapkan jadual beban.

a. Lampu Kalimantang

I = P(Power) x Fk(Power Factor)
240V

Contoh : 1 x 36w x 1.8
240V

= 0.27 A

b. Lampu Glob,lampu sorot,lampu pijar/lampu filemen , lampu glob dinding, lampu chandelier,unit pemanas air dan unit kawalan memasak.

I = P (Power)
240V

Contoh: 1x60w
240V
=0.25 A

c. Kipas dinding,kipas siling dan kipas ekzos

I=P (Power)
240V x 0.85(Power Factor- didalam kipas terdapat motor)


Contoh: 1x 60w
240V x 0.85


= 0.21A










1.4.3 Contoh Jadual saiz kabel












Rajah 9 – Contoh Jadual Beban



1.4 Melukis gambar rajah skema satu fasa






















Rajah 10 – Rajah Skema Satu Fasa





Rajah 11 – Rajah Rekabentuk Litar Akhir Mengikuti Peraturan IEE, TNB Dan JKR

Friday 11 October 2013

Programmable Logic Control (PLC)

Pengawal logik boleh atur cara (Programmable logic controller, PLC) ialah  komputer digital yang digunakan untuk pengautomatan proses elektromekanik. Ia telah ditakrifkan oleh National Electrical Manufacturer Association U.S (NEMA) sebagai:-
“Suatu peralatan elektronik yang beroperasi secara digital dimana, ia menggunakan ingatan boleh-aturcara untuk menyimpan arahan di storan dalaman bagi melaksanakan fungsi-fungsi tertentu seperti logik, penjujukan, pemasaan, pembilang dan arimatik dengan cara mengawal menerusi modul/keluaran digital atau analog untuk berbagai jenis mesin atau proses”
Pengawal logik boleh atur cara beroperasi secara asas iaitu dengan memeriksa isyarat masukan dari suatu proses dan melaksanakan arahan logik (yang mana telah diaturcarakan di dalam ingatannya) pada isyarat masukan ini dan mengeluarkan isyarat keluaran untuk melaksanakan suatu proses yang lain.

Kelebihan PLC

  • Membuat atau mengubahsuai sistem kawalan lebih mudah kerana tidak perlu mengubah sistem pendawaian, cuma perlu mengubah aturcara.
  • Keboleharapan PLC adalah tinggi kerana ia menggunakan komponen elektronik yang tidak melibatkan pergerakan fizikal
  • Penyelenggaraan PLC adalah mudah dan murah kerana ia menggunakan komponen elektronik dan ia mempunyai aturcara diagnostik sendiri. Ini akan mengurangkan masa mati.
  • PLC boleh berantaramuka dengan PLC lain dan sistem komputer untuk memproses penukaran maklumat.
  • Saiz PLC yang kecil menyebabkan ia hanya memerlukan ruang yang kecil dan sesuai diletakkan di mana-mana sahaja.
  • PLC tahan lasak terhadap hingar elektrik, kelembapan yang tinggi dan persekitaran yang tidak selesa. Lagi disini

sumber: wikipedia

Monday 7 October 2013

Bagaimana RCCB Berfungsi Dan Melindungi Anda Dari Renjatan Elektrik ?


Struktur dalaman RCCB terdiri daripada 5 bahagian utama iaitu suis uji, gelung pengimbang, gelung pemutus litar, suis pemutus litar dan teras besi toroid. Dalam keadaan biasa, arus wayar live adalah sama dengan arus pada wayar neutral dan gelung pengimbang akan menghasilkan medan elektromagnet yang sekata. 

Apabila terdapat arus bocor ke bumi, medan elektromagnet pada gelung pengimbang akan menjadi tidak sekata dan ini akan menghasilkan voltan pada gelung pemutus litar. Apabila arus bocor ke bumi melebihi nilai sensitiviti RCCB, suis pemutus litar akan mendapat bekalan voltan yang mencukup dari gelung pemutus litar untuk  memutuskan bekalan elektrik

Sebagai contoh, sebuah RCCB yang mempunyai kepekaan 0.3A telah dipasang pada papan agihan sebuah rumah. Arus yang dibekalkan oleh RCCB pada ketika itu adalah 4A. Tetapi kebocoran arus ke bumi telah berlaku sebanyak 0.4A dan ini menyebabkan arus yang kembali ke RCCB tidak sama dengan arus yang dibekalkan. (Arus yang kembali = 4 - 0.4 = 3.6A). RCCB akan memutuskan bekalan elektri (trip) kerana arus bocor ke bumi melebihi nilai kepekaan RCCB tersebut. 

Bagaimana RCCB melindungi anda dari renjatan elektrik ?

Apabila seseorang terkena renjatan elektrik, arus akan melalui badan dan kembali ke titik pembumian neutral transformer melalui tanah. Arus ini akan membuatkan arus di dalam rumah tidak seimbang dan RCCB akan serta merta bertindak memutuskan bekalan elektrik. 


sumber: zon 152

Penggunaan Choke/Ballast Elektronik pada Lampu Kalimantang

Penggunaan ballast elektronik untuk lampu kalimantang di dalam rumah mungkin agak asing di kalangan orang awam, tetapi ia sekarang telah digunakan meluas pada lampu jalan dan peralatan elektrik yang berkualiti tinggi. Walaupun harga ballast elektronik agak mahal, tetapi ia menjanjikan kecekapan yang tinggi penjimatan tenaga elektrik sehingga 40% dan  ini akan dapat menampung kos pembelian tersebut.

Ballast elektronik boleh dipasang pada lampu kalimantang di rumah. Secara umumnya, litar lampu kalimantang adalah seperti gambarajah di bawah. (Nota: Tanpa kapasitor, lampu kalimantang masih boleh berfungsi)

Sekiranya ballast elektronik digunakan, pendawaian lampu kalimantang hendaklah diubah seperti gambarajah di bawah


Kelebihan menggunakan ballast elektronik adalah;
  •  Choke/ballast elektronik mempunyai nilai faktor kuasa yang tinggi (lebih kurang 0.95), oleh itu kurang menggunakan arus elektrik untuk menghidupkan tiub kalimantang dan ini akan memanjangkan jangka hayat pendawaian lampu.
  • Kurang  lesapan kuasa pada ballast elektronik, ini akan menyumbang kepada penjimatan bil elektrik
  • Lampu tidak berkelip2 semasa dihidupkan
  • Tiada bunyi berdengung semasa lampu menyala
  • Siaran TV atau radio tidak terganggu semasa lampu dihidupkan
  • Tiada penggunaan starter
  • Memanjangkan jangkahayat tiub kalimantang
Kelebihan2 yang disenaraikan di atas hanya boleh diperolehi pada ballast elektronik yang mahal dan berkualiti tinggi. Ballast elektronik yang dijual di kebanyakkan kedai2 elektrik atau pasaraya2 tertentu (biasanya harga di bawah RM10) mempunyai beberapa kelemahan iaitu:
  • Mempunyai nilai faktor kuasa yang rendah (dalam lingkungan 0.6) dan nilai ini tidak boleh diperbaiki dengan meletakkan kapasitor seperti dalam pendawaian lampu kalimantang menggunakan ballast magnetik.
  • Ia akan memjana arus hormonik dan ini boleh merendahkah nilai Total Harmonic Distortion (THD) pada bekalan kuasa elektrik. Nilai THD yang terlalu rendah akan menjejaskan peralatan elektrik yang lain untuk berfungsi dengan baik
  • Direka untuk kegunaan lampu di dalam rumah. Oleh itu ia tidak sesuai digunakan untuk lampu kalimantang di luar seperti lampu di gelanggang sukan.
Walaubagaimana, anda boleh menggunakan ballast elektronik untuk lampu kalimantang di rumah untuk menikmati kadar penjimatan bil elektrik. Kesan akibat nilai faktor kuasa dan THD yang rendah tidak memberi kesan yang ketara kepada pengguna.

Saturday 5 October 2013

Fungsi Wayar Bumi Pada Lampu Kalimantang



Fungsi Wayar Bumi Pada Lampu Kalimantan


Soalan

Lampu kalimantang hanya memerlukan 2 wayar sahaja untuk menyala iaitu wayar hidup (live) dan wayar neutral. Tetapi saya selalu tertanya-tanya apakah fungsi wayar bumi (earth) yang berwarna hijau pada pendawaian lampu kalimantang. Saya selalu lihat wireman pasang wayar bumi pada mana-mana skru dalam lampu kalimantang ataupun hanya selitkan sahaja pada badan lampu. 



Jawapan

Pemasangan wayar bumi dalam lampu kalimantang adalah untuk keselamatan. 

Dalam pemasangan lampu kalimantang, ada kemungkinan wayar akan terputus atau penebat wayar tertanggal dan menyentuh badan lampu kalimantang. Badan lampu kalimantang biasanya diperbuat daripada besi. Jadi, apabila suis dihidupkan, badan lampu kalimantang akan menjadi 'live'. Apabila seseorang pegang badan lampu kalimantang pada ketika ini, dia akan terkena renjatan elektrik. 

Selain dari kemungkinan wayar terputus atau kerosakan penebat wayar, choke atau ballast dalam lampu kalimantang juga boleh menyebabkan badan lampu kalimantang menjadi 'live'. Ini boleh berlaku apabila penebat lilitan wayar dalam choke pecah, badan choke tersebut akan menjadi 'live'.Oleh kerana choke dipasang pada badan lampu kalimantang, ia juga akan menjadi 'live' dan orang yang memegang lampu kalimantang semasa suis dihidupkan akan terkene renjatan elektrik. 

Sekiranya wayar bumi dipasang, apabila badan lampu kalimantang menjadi 'live' kerana kerosakan penebat wayar atau kerosakan choke, arus elektrik akan mengalir melalui wayar bumi dan ini akan menyebabkan RCCB trip. Apabila RCCB trip, ini menunjukkan lampu kalimantang itu tidak selamat dan tindakan pembaikan perlu dilakukan. 


sumber: zon152.blogspot

Bunyi Bergetar Pada Lampu Kalimantang





Sekiranya lampu kalimantang di dalam bilik atau tandas rumah anda berbunyi bergetar apabila dihidupkan, jangan risau. Itu adalah perkara biasa dan tidak mendatangkan apa2 mudarat.

Bunyi itu berpunca daripada choke/ballast yang kurang berkualiti yang terdapat dalam lampu tersebut. Sekiranya anda berasa terganggu, anda boleh menggantikan choke tersebut dengan yang baru.

Pastikan suis utama pada papan agihan telah ditutup, buka casing lampu tersebut dan anda akan mendapati satu komponen seperti gambarah di sebelah ini. Tanggalkan wayar dan skru yang dipasang pada choke tersebut dan gantikan ia dengan yang baru. Pastikan choke baru itu mempunyai cop Sirim.




sumber: zon152.blogspot

Friday 20 September 2013

KAEDAH PEMASANGAN CCTV

 Spesifikasi bagi system CCTV untuk pemasangan CCTV di rumah kediaman atau ruang pejabat adalah mencakupi seperti berikut :
i.            1 unit DVR (4-channel/ 1 BNC output/ 1 VGA output / 1 network port) model
ii.          Hard Disk SATA (80Gb)
iii.        4 biji kamera Dome
    iv.    Monitor - boleh guna monitor komputer 


Rajah asas pemasangan CCTV 
(Set router adalah aksesori tambahan bagi mengawal DVR melalui internet)

 1. Tentukan kabel yang sesuai

Kabel CCTV yang digunakan adalah jenis  coaxial cable RG59/6 series. Ini merupakan kabel standard yang sering digunakan untuk penyambungan antara kamera CCTV dan DVR. 

Manakala penyambung yang digunakan adalah jenis BNC connector. Ia menyambungkan antara panel video pada DVR dan kamera jenis Dome.





2. Tentukan lokasi dan area pantauan CCTV

Lokasi pemasangan CCTV ditentukan berdasarkan jarak pandangan yang hendak dikawal samada jauh atau dekat dan apakah untuk keadaan gelap atau terang. Penetapan lokasi amat penting bagi mendapatkan titik fokus kawasan yang hendak di kawal.

3. Penetapan Kedudukan kamera CCTV

Terutama untuk pemasangan CCTV di rumah, perletakkan sudut kamera CCTV di bawah tempat berbumbung boleh melindungi kamera CCTV anda dari hujan, angin, dan sebagainya. Selain itu, penempatan di bawah bumbung juga biasanya memberikan paparan yang lebih baik dan mudah untuk menarik kabel jaringan. 

Jenis kamera adalah Dome infrared digunakan. Ia boleh menghasilkan gambar yang terang walau pun pada waktu malam atau dalam suasana yang gelap.


Kabel video dan bekalan kuasa di sambung secara berasingan di mana bekalan kuasa menggunakan palam 3-pin yang di sambung ke soket alir keluar 13A.

4. Proses Menarik Kabel (Lay-out cabel)

Setelah menentukan titik pemasangan CCTV, berikutnya adalah mencari titik masuk untuk menarik kabel RG59/6 dari luar ke dalam melalui atas siling atau laluan conduit dan sebagainya. Pada kebiasaannya pada ruang pejabat lebih praktikal menarik kabel dilakukan melalui atas siling. Ia nampak lebih kemas dan tersusun

DVR yang digunakan mempunyai panel untuk bekalan kuasa secara berasingan. Oleh itu kabel untuk bekalan kuasa kamera CCTV perlu disambungkan kepada punca bekalan yang terhampir dengan lokasi kamera tersebut.

5. Penempatan Monitor dan DVR

Monitor dan DVR adalah peralatan  yang melengkapi sistem CCTV anda. Tentukan tempat dimana monitor dan DVR akan diletakkan secara bersebelahan bagi memudahkan proses ‘setting’ (biasanya pengguna akan merujuk kepada buku manual yang disediakan oleh pihak pembekal DVR). Untuk keselamatan ada baiknya set DVR diletakkan secara tersembunyi terutama di rumah kediaman bagi mengelakkan penceroboh merosakkan atau mengambil set DVR.



6. Lay-out kabel & 'Setting'

Setelah mendapatkan posisi perletakkan kamera CCTV dan lokasi penempatan monitor serta DVR, maka berikutnya adalah proses terakhir iaitu menarik kabel RG59 yang menghubungkan antara CCTV dengan monitor dan DVR. Maka lengkaplah proses pemasangan set CCTV di rumah kediaman atau di bangunan pejabat. Setelah set CCTV selesai di pasang dan boleh disambung bekalan kuasa, maka proses 'setting' DVR merujuk kepada manual yang disertakan dapat dilakukan.


Sambungan kabel kamera, monitor dan mouse untuk proses 'setting' DVR 


Sambungan semua komponen yang telah lengkap di mana monitor memaparkan imej yang telah dirakam oleh  kamera CCTV